Cheatography
https://sukiwaterhouse.pages.dev
PENDAHULUAN
>Wakaf merupakan amalan yang disyariatkan islam kerana amalan wakaf seseorang dapat membantu insan yang memerlukan selain menjadikannya ia satu amalan ibadat. |
>Harta waqaf ini adalah tertahan dari sudut pemilikannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi membangunkan sosial dan ekonomi islam secara amnya. |
>Harta waqaf yang sedia ada ianya dapat dijana untuk pembangunan ekonomi umat islam samada daripada sektor pertanian mahupuh daripada sektor pembangunan. |
>Cadangan daripada pihak berwajib dalam mengoptimumkan tanah waqaf yang sedia ada dengan membangunkan sektor pertanian bagi menjana keuntungan serta menaik taraf sosio-ekonomi yang jauh terkebelakang dan miskin. |
PERMASALAHAN KAJIAN
>Banyak harta-harta waqaf yang gagal dibangunkan demi kepentingan umat islam dan matlamat para pewaqaf juga masih belum lagi tercapai. |
>Pembangunan harta waqaf merupakan suatu perkara pokok yang menjadi persoalan pada masa kini. |
>Persoalan yang dibangkitkan menimbulkan tanda tanya kerana peratusan pembangunan tanah waqaf di Malaysia berada pada tahap yang kurang memuaskan kerana pelbagai halangan khususnya berkaitan modal serta bentuk pembangunan ke atas tanah waqaf. |
>Permasalahan yang diusulkan tersebut telah membuka mata banyak pihak dalam membangunkan harta waqaf di Malaysia. |
>Membuka ruang pada kertas kerja ini untuk membentuk satu kaedah yang mudah bagi membangunkan wakaf yang terbiar dengan penggunaan kontrak Musaqah untuk sektor pertanian serta membangunkan harta waqaf di Malaysia. |
2 SOALAN YANG MENJADI PERHATIAN
1. Apakah jenis pembangunan yang boleh dibuat ? |
2. Daripada manakah dapat diperolehi dana atau pembiayaan untuk membangunkan tanah waqaf? |
KESIMPULAN
>Pengenalan wakaf pertaniaan yang berasaskan kontrak musaqah serba sedikit menjadi pemangkin ataupun kepada pembangunan wakaf di Malaysia. |
>Tanah wakaf yang terbiar dapat dioptimumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi serta dapat membasmi kemiskinan yang ada. |
>Membantu masalah pembangunan harta wakaf di Malaysia dan menjana ekonomi umat Islam serta pembangunan sosial ummah yang lebih baik dan berkesan pada masa hadapan. |
|
|
PENDEKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAQAF PERTANIAN
-Kewujudan instrumen waqaf boleh dijadikan sebagai pemangkin dalam mengurangkan kadar kemiskinan negara iaitu dengan penumpuan terhadap kaum melayu yang beragama islam. |
-Pembangunan tanah waqaf yang terbiar boleh dibangunkan untuk menjana pendapatan golongan miskin iaitu dengan mewujudkan peluang pekerjaan untuk diusahakan di bawah pihak berwajib. |
-Musaqah pada bahasa : saling menyiram |
-Musaqah pada syara' : satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman. |
-Hadis yang membolehkan akad berlandaskan hadis rasulullah : |
" Ibnu umar r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk mengurap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertanian. |
-Kontrak ini bersesuaian diimplementasikan dalam institusi di Malaysia kerana dapat membangunkan tanah waqaf yang terbiar dan secara tidak langsung dapat membantu golongan miskin untuk menjana pendapatan dengan hasil jualan tanaman yang dikongsi bersama dengan pihak berwajib. |
-Kaedah ini dapat menjawab permasalahan yang diutarakan berkenaan dengan pembangunan tanah wakaf di Malaysia. |
-Pihak berwajib perlu memilih golongan miskin yang bersesuaian iaitu sihat tubuh badan dan sempurna fizikalnya untuk melaksanakan projek pertanian tersebut. |
-Perbezaan golongan miskin golongan kaya dan miskin dapat dibezakan seperti golongan kaya dirujuk kepada golongan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan individu dan tanggungan, manakala golongan miskin ialah golongan yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung keperluan diri dan tanggungan khusus. |
-Agihan faktor lebih kepada golongan miskin yang berkeupayaan untuk menjalankan pekerjaan iaitu orang yang sihat tubuh badan dan sempurna. |
-Agihan personal ialah pelengkap agihan faktor. |
-Peruntukkan asal agihan sedekah hanya kepada individu yang miskin dan tidak berupaya. |
-Individu miskin tetapi fizikalnya sihat tidak berhak dalam agihan sedekah. |
-Hadis yang telah diriwayatkan Abu Hurairah sebagaiman sabda Raulullah s.a.w yang bermaksud : |
"Sedekah tidak halal bagi orang kaya, orang sihat dan kuat" |
-Idea pelaksanaa kontrak Musaqah dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni serta memupuk semangat ingin bekerja dikalangan golongan miskin dan mengeluarkan golongan ini dari kancah kemiskinan. |
-Matlamat waqaf tersebut dapat dicapai dari sudut sosial iaitu dengan mengurangkan kadar kemiskinan dan dapat membantu golongan miskin untuk teruskan kehidupan seharian. |
|
|
RUKUN MUSAQAH
1. Kedua pihak yang berkontrak |
>Kontrak yang dibuat oleh seorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah kerana kontrak musaqah merupakan kontrak pertukaran atau kontrak mu'amalah harta. |
2. Objek Musaqah |
> Imam syafie mensyaratkan buah kurma dan anggur |
>Ulama hanbali pula melihat kepada pohon buah yang memerlukan pengurusan yang mana pengurusnya mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan. |
>Imam Malik berpendapat musaqah boleh digunakan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang, seperti ranum, tin, zaitun dan sejenisnya walaupon dalam keadaan darurat. |
3. Buah |
>Adalah disyaratkan bahawa pengkhususan bahagian bagi kedua pihak yang berakad. |
>Segala penghasilan pohon menjadi milik kongsi, oleh itu adalah diisyaratkan kedua pihak mengetahui dan bersetuju atas bahagian. |
>Mengikut pendapat syafi'i dan hanbali ialah kontrak Musaqah dikira sah apabila pohonnya mula berbuah meskipun belum masak. |
> Kontrak dianggap sah apabila pohon yang sudah ditanam dan pemilik mensyaratkan upah pengurus adalah daripada hasil pohon-pohon yang diurus, biar sekalipun tempoh berbuahnya lima tahun. |
4. Kerja |
>Adalah disyaratkan pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan. |
5. Ijab dan qabul |
>Ungkapan boleh dibuat oleh pemilik atau pengurus seperti pengurus berkata kepada pemilik. "Aku uruskan pohon buah anda dengan agihan hasil 30-70 atay 40-60"atau pemilik berkata kepada pengurus, 'Aku serahkan pengurusan pohon ini kepadamu dengan kontrak perkongsian hasil", atau pemilik berkata, "Kerja dan uruskan pohon buahku dengan agihan hasil". |
MODUS OPERASI
Lima operasi cadangan dalam mengimlementasikan kontrak Musaqah untuk membangunkan tanah wakaf terbiar di Malaysia : |
1. Pengumpulan modal dibuat daripada orang ramai iaitu melalui kutipan saham waqaf dan sumbangan saham waqaf pokok. |
2. Pihak majlis agama islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeupayaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaksanakan kerja tersebut. |
3. Pihak majlis agama islam negeri ataupun pihak berkuasa tempatan akan menyediakan sebidang tanah, menyediakan modal untuk proses penanaman dan membayar upah kepada golongan miskin. |
4. Pengusaha akan menguruskan ladang tersebut dari sudut penjagaan sehingga buah tersebut dikutip dan dijual. |
5. Bila mana buah tersebut sudah masak dan boleh dijual, maka hasil jualan tersebut perlu diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets